Saturday, October 31, 2009

La Tahzan....(jangan bersedih)

Kenapa impian itu tak seindah angan-angan?
Kenapa kehidupan tak seindah perancangan?
Kenapa kebenaran itu kadang kala pahit?

Wahai hati ...itulah kehidupan
Sesaat manis akan melupakan setahun pahit
Setahun pahit akan dihargai sasaat manis
Hidup manis tanpa pahit membuatkan kita lupa siapa kita
Hidup pahit tanpa manis menjadikan kita cekal dan menghargai...

Wahai hati...
Bersabarlah...bersabarlah...bersabarlah....
Jika hari ini langit itu cerah
Belum tentu cuacanya baik
Jika hari ini langit itu hujan
Belum tentu cuacanya buruk...

Wahai diri...
Simpanlah anganmu
Jejaklah di bumi nyata
Lihatlah sekitarmu
Hargailah apa yang dimiliki
cubalah menghargai walaupun tidak dihargai...

Wahai minda...
Jernihkan dirimu
Ungkaikan segala kekusutan
Hilanglan kabut keraguan
Bertindaklah secara berhikmah

Ingatlah sekali gagal
bukan selamanya gagal
Bersabarlah...bersabarlah...bersabarlah...
Ingatlah di balik awan mendung itu
Tersembunyi sinar mentari yang terang

Pahit itu cabaran
Tapi yang manis itu belum tentu kurniaan....


*petikan kata-kata semangat ni aku ambil dari sebuah laman web. lupa la kat mana. kepada penulisnya, maaf telah meng'copy' and 'paste' kata2 anda. kata2 ini mengandungi banyak kata2 yang boleh menaikkan semangatku yang kdang2 'up' and 'down'
jadi di sini aku nak share bersama kawan2 ku semua.

Tuesday, October 20, 2009

jom hayati lirik lagu ni
penuh bermakna dan meninggalkan kesan yg amat mendalam
buat rakan2 yg masih mempunyai ayah dan ibu
marilah sama2 kita berbakti kepada keduanya


Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda


Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup BerbaktiDi Aidilfitri,Di Aidilfitri

rindu

ya allah...
rindunya kat mak dgn ayah aku
rindu sngt2
xde kata nak ucpa
(huhuhu...air mata dah bergenang.sikit lagi nak mengalir)
alamak...malunya dgn housemate
nak balik kampung
duit xdak
nak menangis atas bahu mak
nak peluk mak
hilang semua beban dalam diri nie
huhuhu
angin sampaikan salam rinduku pada mereka

*tgh dngr lagu salam aidilfitri ayahanda dan bonda*
huhu...tbe2 air mata aku mengalir

Saturday, October 17, 2009

...hari-hari yang menyeksakan...

aku sedang melalui hari2 yang menyeksakan
bilakah ianya akan berakhir?
hidup pun dah tunggang terbalik
bila lah nak normal balik

aku rindukan mak, ayah dengan adik2
dah lama xdngr kbr dari kampung
bukan menyepikan diri
bukan melupakan insan2 ini
tp keadaan hidup yg xberapa stabil ni

aku tak mahu mereka risau
xsanggup rasanya buat mereka risao
cukup lah aku tanggung seorang diri

duhai angin
sampaikan salam cinta rindu aku
buat insan yang tersayang

bila semuanya kembali normal
keadaan akan kembali sepert biasa
ya Allah...
ampunkan hambamu atas
segala dosa2 ku ini

~seperti dulu~

bila dengar lagu nie
mcm ada something missing jer
entah lar....
apa pun aku mmg minat exist dari kecik lagi
jom layanzzzzzzzz....

...Presenting: Seperti dulu, Exist...

Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan rindu
Yang sering menghantuiku

Semenjak kau datang
Di hatiku sayang
Semua resahku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Menyerahkan cinta semudah kata

Kudambakan cinta
Indah seperti dulu
Kerna cintaku tak pernah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Benar ku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Di hari yang datang
Janganlah kau ulang
Lukai hatiku sayang
Aku pun bukanlah
Seorang yang bisa
Menggantikan cinta sekelip mata

Aku inginkan cinta
Kita seperti dulu
Kerna cintaku tak mudah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Dan aku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku